~Ya Allah aku menghadapMU dengan sujud...sujud dalam syukur meski yang ku jalani menyesakkan dada dan berurai airmata aku masih bersyukur kerana Engkau memberiku satu nikmat...Keistiqamaan...seburuk apapun keadaanku jadikan aku hamba Mu yang Istiqamah~
About Me
life...........goes on............
~La Khauf Wala Tahzan, Innallaha m'ana" yang membawa maksud Jangan takut dan jangan bersedih, ALLAH menyertai (menolong) kita...Demikianlah maksud firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran~
~Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat~
Monday, August 6, 2012
Aku seorang hamba menuju keabadian........
Bukan sekadar kuantiti yang dikejar
Memuaskan hati manusia
Namun rupanya tidak memberi makna.
Aku mengejar ikhlas dan istiqamah
Aku mahu merangkak
Aku mahu terjatuh dan merasa sakit
Baru aku tahu erti penghambaanku
Penghambaanku bukan kerana aku manusia hebat
Penghambaanku bukan kerana ianya disuruh manusia
Bahkan
Penghambaan ini penghambaan yang tulus dari hati
Hati yang kosong tanpa merasa hamba pada Dia
Hati yang hilang tanpa berkata-kata dengan Dia
Hati itu yang mahu aku miliki
Cinta tiada tara
Hingga aku tak bisa meninggalkan ibadah-ibadah itu
Kerna rindu ini sentiasa ada untuk Pencipta. "
Biarkan aku mulakan sedikit demi sedikit
Kerana aku mahu menghargai apa yang aku cintai
Kerana aku mahu ianya berkekalan sehingga penghujung nyawaku
Bukan yang berhenti di simpang perjuangan......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment