About Me

My photo
Kota kinabalu, sabah, Malaysia
....redha dan tawakkal....

life...........goes on............

~La Khauf Wala Tahzan, Innallaha m'ana" yang membawa maksud Jangan takut dan jangan bersedih, ALLAH menyertai (menolong) kita...Demikianlah maksud firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran~ ~Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat~

Tuesday, August 7, 2012

UMRAH DAN ZIARAHKU JULY 2012


UMRAH DAN ZIARAHKU JULY 2012…………Part 1
Musafir Di Bumi Suci YANG MAHA PENGASIH....ALLAH RABBUL IZZATI.......

Meniti Renjisan ketenangan…………..

OMAN 2 July- 14 July 2012/UMRAH (Madinah -Mekah) ~  (12-23 syaaban 1433H)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...dengan Kasih SayangNYA........ida Menyahut SeruanNya menjadi Tetamu ALLAH dan pengunjung RASULULLAH S.A.W  yang berbahagia................

ALHAMDULILLAH3x Segala puji hanya milik Allah S.W.T, yang Maha Tinggi dan Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, orang yang terutama antara sekalian makhluk, diutus dengan membawa kebenaran dan petunjuk sebagai rahmat seluruh alam. Juga kepada keluarganya yang bersih dan suci, para sahabatnya serta pengikut-pengikut mereka yang taat dan patuh hingga ke hari pembalasan...
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayahNya, telah mengizinkan ida untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah ida telah selamat kembali ke Tanah Air, awal pagi 15 July 2012. Sekali lagi syukur kerana sentiasa dilindungi di sana dan sentiasa sihat berkat doa dari ibu dan ayah tersayang, adik beradik,keluarga serta sahabat-sahabat yang banyak mendoakan kesejahteraan ida di sana. syukran Jazilan...Terima kasih semua.....ida sayang semua dunia sampai akhirat kelak….amin…

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah;dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);dan (ingatlah),Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Taghabun:11)

Mengimbau kembali…………

Telah ditakdirkan ida terpanggil ke Tanah Suci Allah bersama sahabat2 ida. Melalui Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dan Penerbangan Oman Air Airbus A330 berlepas dari KLIA pukul 2:15 Petang waktu malaysia… perjalanan mengambil masa 7 jam dan Selamat mendarat 4:40 Petang waktu oman…pada waktu inilah terasa seolah2 kami mengalami 2x waktu petang….Bayangkan dalam flight sudah 7 jam sampai di oman still petang lagi..kalau ikutkan waktu Malaysia sudah menjangkau pukul 8 lebih malam…. ;)










 Takdir perjalanan kami ditentukan bermula dari negara Oman…dan Allah mengizinkan para tetamu-tetamuNya melihat keindahan ciptaanNya di bumi oman sebagai bonus tambahan perjalanan….secara ringkasnya oman Negara yang harmoni tetapi agak kering dan panas.

Menjejakkan kaki ke Muscat Oman 2 July,suhu 40°c Destinasi :  Golden Tulip Hotel Muscat… panas sangat terasa berbahang membuatkan keletihan bertambah tetapi xcited jejak kaki ke oman…


Catitan perjalanan muscat serba sedikit…

Memang banyak yang tidak tahu tentang Muscat atau Oman. Ida sendiri tidak tahu Oman sampai ida betul-betul menjejakkan kaki ke tanahnya. Harus diakui bahawa Oman adalah antara Negara cantik di Arab,Oman memiliki pantai-pantai yang indah, panjang dan berpasir putih, memiliki pemandangan pegunungan-pegunungan batu raksasa, yang mengalir berliku-liku sungai ,padang pasir yang tak kalah dari padang pasir negara arab lainnya, kota Muscat yang kecil dan indah, aman dan ramah, membuat sukar untuk melupakan Oman ni….
 Bab makan pula Oman ni tidaklah susah sangat…sebab Negara islam Cuma tidak berapa kenalah selera dengan selera malaysia/sabahan ni…heheee

Dan pasal makan ni juga lah terjadi satu perebutan antara travel agency oman dengan pihak hotel golden tulip…masing-masing mau bagi kami makan tidak mau kalah sampai ambil masa 1 jam perbincangan antara manager2 diorang ni..berselisih faham last2 yang menang agency pelancongan oman then kami pun finally makan di Afnan Restoran lepas penat berjalan dan mengharungi panas terik oman time tu……. (^_^)

Kesihatan dan perasaan still cool tapi.........badan agak rasa lain sudah lah.....muahaha macam tidak stable.....





  Sekitar Golden Tulip Hotel Muscat Oman



















Muscat Oman............




Oman akan terus tersemat disanubari kami dengan kenangan yang tersendiri dan pengalaman yang sukar ditemui dimana-mana.................(^_^)........

To Be continue............... (dengan perasaan gembira+excited+sayu+tawakkal menuju ke Jeddah................Madinah.....................

No comments: